Friday, April 1, 2011

Panduan Penggunaan eForm PA 2011 - Tindakan Penilai Akademik


Menu Pengenalan eForm PA (1-2-3) 2011

Pengenalan

Fail eForm PA adalah untuk kegunaan Penilai Akademik setiap Tingkatan untuk mengumpul data sesuatu tingkatan daripada setiap guru kelas tingkatan berkenaan. Bergantung kepada pengurusan pihak sekolah, tugas ini mungkin dikendalikan oleh seorang guru untuk setiap tingkatan atau mungkin diuruskan oleh SU Peperiksaan Dalaman. Namun guru yang telah dilantik tak perlu risau tentang beban tugas ini kerana penggunaan fail eForm PA akan meringankan kerja-kerja pengumpulan data, penganalisaan dan pelaporan sehingga 90% (anggaran penulis sahaja). Fail eForm PA terdiri daripada:
a) eForm PA 1-2-3 - untuk kegunaan Penilai Akademik menengah rendah
b) eForm PA 4-5 - untuk kegunaan Penilai Akademik menengah atas.

Banyak analisis berguna yang akan dikeluarkan oleh fail eForm PA seperti yang ditunjukkan pada rajah Menu Utama di bawah:

Menu Utama eForm PA

Dua perkara penting yang perlu diberi perhatiansebelum anda mula menngunakan fail eForm PA supaya analisa yang akan dilakukan nanti lancar (tidak membazir masa) dan sahih ialah:

1. Buka (Open) fail eForm GK yang diserahkan oleh setiap Guru Kelas dan semak:
a)  Semua ruangan markah setiap pelajar telah diberi respon. Untuk memastikan perkara ini, klik helaian SETTING dan rujuk dibahagian PAKEJ KURSUS/SUBJEK YANG DITAWARKAN.
Contoh pemasukkan data markah yang sempurna.

Teliti pada bilangan calon yang dipaparkan untuk setiap subjek, ianya seharusnya sama kecuali pada subjek elektif seperti PI dan PM (namun sila pastikan jumlah calon apabila dijumlahkan adalah sama seperti subjek yang lain).

Jika terdapat perbezaan pada bilangan calon bermaksud wujud ruang markah yang tidak diberi respon pada subjek berkenaan atau jika bilangan lebih bermakna terdapat markah dimasukkan pada ruangan yang tidak betul. Contoh di bawah menunjukkan keadaan pemasukan data markah tidak sempurna:
- bilangan calon Matematik kurang iaitu 37 sahaja. Ini bermakna terdapat 2 markah pelajar belum diisi
- Apabila dijumlahkan bilangan calon PI dan PM didapati melebihi bilangan calon subjek lain. Ini menunjukkan terdapat pelajar mempunyai markah kedua-dua subjek berkenaan.


b) Maklumat-maklumat bilangan ketidakhadiran, berat, tinggi dan status asrama telah dilengkapkan untuk setiap pelajar.


Sebelum anda mula menngunakan fail eForm PA, pastikan anda telah mendapat salinan 'softcopy' eForm GK daripada setiap Guru Kelas dan tahu kedudukannya dalam simpanan komputer anda, kerana data akan diimport daripada fail-fail berkenaan.


Langkah 1: Lengkapkan Maklumat Asas

1. Setiap kali memulakan fail eForm PA, menu pengenalan akan dipaparkan seketika dan seterusnya helaian 'HOME PAGE' di aktifkan. Penuhkan maklumat asas yang diperlukan seperti di bawah:


Langkah 2: Import Data eForm GK

2. Klik helaian eForm KDT. Semua data markah pelajar akan diimport masuk daripada fail eForm GK (Guru Kelas) dan akan dianalisis dalam helaian ini.

3. Klik sel yang bertanda merah yang terdapat di "BAHAGIAN DATA". Kemudian klik butang 'IMPORT EFORM GK' untuk mula mengimport data dari fail eForm GK. Sebelum anda mula mengimport fail eForm GK, pastikan anda tahu kedudukan fail eForm GK yang berkenaan.Ikut arahan yang dipaparkan.



4. Selepas senarai nama pelajar untuk kelas yang pertama diimport masuk, sel berwarna merah berkenaan akan berganjak ke bahagian terakhir selepas nama pelajar yang terakhir. Ini untuk memberi panduan kepada pengguna tentang tempat yang betul untuk mengimport data kelas yang seterusnya.

5. Untuk mengimport data kelas yang seterusnya, klik sel berwarna merah yang terkini dan klik butang IMPORT EFORM GK dan ikut arahan yang dipaparkan. Ulang langkah mengimport data sehingga semua data kelas dalam suatu tingkatan dimasukkan ke helaian eForm KDT.

6. Setelah data pelajar diimport masuk ke helaian eForm KDT, maklumat Kedudukan Dalam Tingkatan  KDT akan dijanakan serta merta bergantung kepada bilangan pelajar yang diimport masuk. Maklumat KDT ini nanti akan diimport semulaoleh SU Pepepriksaan menggunakan eForm GK untuk memasukkan maklumat KDT setiap pelajar kelas berkenaan dan seterusnya mengunci fail eForm GK tersebut.

Langkah 3: Cetak helaian KDT dan lain-lain output analisa eForm PA.

7. Setelah semua data kelas telah diimport masuk, kini tiba masanya anda menggunakan output-output yang dihasilkan. Antara output yang akan dinanti-nantikan oleh pelajar setiap kali selepas ujian/peperiksaan dijalankan ialah senarai Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT) yang akan ditampal dipapan kenyataan umum untuk tatapan semua pelajar. Untuk mencetak senarai ini, klik di helaian EFORM KDT, klik butang UTILITI dan seterusnya pilih menu KEDUDUKAN DALAM TINGKATAN.
Menu UTILITI

Senarai nama dan keputusan lengkap akan disusun berdasarkan KDT yang terbaik sehingga yang terakhir. Cetak helaian ini dan tampal di papan kenyataan umum yang dikhaskan untuk Unit Peperiksaan Dalaman.
Contoh cetakan Kedudukan Dalam Tingkatan

Lain-lain output boleh diperolehi melalui MENU UTAMA dan klik pada menu yang disediakan.
Antaranya:
a) Analisa Keseluruhan
b) Analisa subjek (mengikut subjek)
c) Analisa Ketua Panitia (eForm KP)
d) Analisa Senarai Pelajar 'Near Miss' Menguasai
e) Analisa Senarai Pelajar 'Near Miss' Cemerlang
f) Analisa Senarai Pelajar Gagal
g) Analisa Senarai Pelajar  Lulus
h) Analisa Senarai Pelajar Menguasai
i) Analisa Senarai Pelajar Cemerlang
j) Analisa Senarai Pelajar Tidak Hadir (semasa ujian)
k) Analisa Senarai Pelajar Kehadiran 100% (sepanjang persekolahan)
l) Analisa Senarai Pelajar Asrama
m) Analisa Senarai Pelajar Kategori Kurang IJB (BMI)
n) Analisa Senarai Pelajar Kategori Unggul IJB (BMI)
o) Analisa Senarai Pelajar Kategori Pra -Obesiti
p) Analisa Senarai Pelajar Kategori Obesiti

Langkah 4: 'Save' dan 'LOCK' fail Eform PA

8. Salinan softcopy fail eForm PA ini seharusnya diberi kepada pihak pentadbir termasuk Ketua Bidang dan Ketua Panitia untuk rujukan mereka. Namun fail eForm PA perlu disimpan dengan nama yang sesuai dan dikunci supaya data-data yang terdapat dalam fail tidak boleh diubah lagi.

9. Kemudahan LOCK/UNLOCK disediakan di helaian HOME PAGE dan EFORM KDT. Klik pada butang LOCK/UNLOCK dan masukkan Kata laluan dan Nama Pengguna yang betul (dibekalkan semasa Pakej eForm ini ditempah). Setelah Kata laluan dan Nama Pengguna diterima, mesej status fail akan dipaparkan. Kini fail eForm selamat dari sebarang perubahaan data. Simpan fail dengan nama yang sesuai, contohnya: "eForm PA T3 Sem 1, 2011"



Langkah 5: Import KDT untuk setiap kelas.

10. Tugas terakhir Penilai Akademik adalah mengimport KDT dari eForm PA ke eForm GK. Buka fail eForm GK sesuatu kelas yang hendak dimasukkan maklumat KDT. Klik helaian eForm GK dan klik butang IMPORT KDT.

11. Kemudian ikut arahan untuk memilih fail eForm PA tingkatan berkenaan. Maklumat KDT untuk setiap pelajar akan dimasukkan secara auto.Simpan (save) semula fail eForm GK yang berkenaan. Ulang untuk kelas yang lain.

No comments:

Post a Comment